SELANGOR FC
BERITA

Skuad Malaysia B23 Bersedia Untuk Piala Asia AFC B23 2024

Apr 17, 2024 - FAS

Saingan Piala Asia AFC B23 2024 telah membuka tirai secara rasmi di Qatar pada 15 April yang lalu di Qatar.

Lapan pemain muda Selangor FC Mukhairi Ajmal, Syahir Bashah, Azim Al Amin, Harith Haiqal, Zikri Khalili, Nooa Laine, Izwan Yuslan dan Muhammad Abu Khalil akan beraksi bersama skuad bawah 23 tahun Malaysia bagi mengharungi saingan Piala Asia AFC kali ini. Mereka juga merupakan pemain yang telah bersama skuad negara sejak pusingan kelayakan lagi.

Menurut Mukhairi Ajmal, Kapten skuad B23 Malaysia, beliau idamkan keputusan positif untuk banggakan ibu dan bapa serta negara, “Alhamdulillah, semua persiapan berjalan dengan baik, saya rasa perlawanan persahabatan yang kami telah lalui dan latihan yang dijalankan akan membantu kami untuk berjuang di pentas Asia ini. Saya yakin para pemain sudah bersedia untuk harungi kejohanan yang besar ini kerana mereka sudah berikan komitmen yang tinggi untuk layak menjadi antara pemain kesebelasan utama, ini merupakan saingan yang sangat positif, saya harap kami juga akan peroleh keputusan yang positif untuk banggakan ibu dan bapa, keluarga, penyokong serta negara.”

Skuad bawah 23 tahun negara telah diundi dalam Kumpulan D Piala Asia B23 bersama negara Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait setelah mendapat slot terakhir tempat kedua terbaik kumpulan dalam pusingan kelayakan kejohanan di Thailand pada bulan September 2023. Berikut adalah jadual perlawanan peringkat Kumpulan B23 Malaysia mengikut waktu Malaysia:-

17 April, 9:00 malam - Uzbekistan B23 lwn Malaysia B23

20 April, 9:00 malam - Malaysia B23 vs Vietnam B23

23 April, 11:30 malam - Kuwait B23 vs Malaysia B23

Dua negara teratas daripada setiap kumpulan akan kayak ke pusingan Suku Akhir pada 25-26 April, kemudian Separuh Akhir pada 29 April, kedudukan Tempat ke-3 dan ke-4 pada 2 Mei dan Perlawanan Akhir pada 3 Mei.

Selangor FC mengucapkan selamat berjuang kepada skuad bawah 23 tahun negara di pentas Piala Asia B23 2024. Banggakan negara Harimau Muda!

Demi Kebanggaan!